PEMBELAJARAN ILMU TAJWID MELALUI LAMAN INSTAGRAM @hazwaniche

Authors

  • Nur Muazzah Binti Malik
  • Izzati Binti Mohd Yaziz
  • Nur Syamimi Binti Azman
  • Syed Najihuddin bin Syed Hassan

Abstract

Dalam era yang semakin pesat dan canggih kini, masyarakat menggunakan teknologi sebagai media utama untuk mencari maklumat dan informasi terkini. Salah satu aplikasi media sosial yang memiliki ramai pengguna adalah Instagram. Instagram merupakan rangkaian sosial untuk berkongsi gambar dan video. Hal ini dapat memudahkan penyebaran maklumat sehingga banyak perkara yang menjadi topik utama disebabkan penyebaran di Instagram. Dengan kemudahan teknologi media sosial ini, penyebaran maklumat seperti ilmu agama juga tidak terkecuali untuk mengambil peluang dalam menyebarkan hal hal agama termasuk pembelajaran ilmu tajwid. Akaun Instagram @hazwaniche adalah akaun yang menggunakan media sosial Instagram sebagai medium penyebaran ilmu tajwid. Kajian ini bertujuan untuk melakukan penelitian terhadap akaun instagram @hazwaniche dalam menyampaikan ilmu tajwid dengan rumusan masalah: “bagaimana @hazwaniche menyampaikan pembelajaran ilmu tajwid menggunakan instagram? dan apa kandungan yang terdapat di dalam akaun @hazwaniche serta cabaran beliau dalam menjadi seorang pencipta kandungan. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui wawancara dan kajian kepustakaan serta lampiran kandungan dalam akaun @hazwaniche. Hasil kajian ini mendapati bahawa akaun @hazwaniche menggunakan sistem format video dan audio, gambar, kapsyen, simbol pagar atau dikenali sebagai hashtag, komen dan menggunakan cerita Instagram dalam memanfaatkan Instagram sebagai media untuk menyampaikan ilmu tajwid. Kesimpulannya Instagram dapat membantu menyebarkan ilmu agama seperti ilmu tajwid. Justeru diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk mempelajari ilmu tajwid dengan lebih berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Nur Muazzah Binti Malik, Izzati Binti Mohd Yaziz, Nur Syamimi Binti Azman, & Syed Najihuddin bin Syed Hassan. (2023). PEMBELAJARAN ILMU TAJWID MELALUI LAMAN INSTAGRAM @hazwaniche. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2333