METOD PENGAJIAN TAHFIZ MENGGUNAKAN KAEDAH TURKI UTHMANI DI PUSAT TAHFIZ ANTARABANGSA HAYRAT, MALAYSIA

Authors

  • Syed Najihuddin bin Syed Hassan
  • Anis Syahida Binti Mohd Jalaini @ Zailani
  • Nurul Huda Binti Badrul Hisam
  • Syafiqah Syuhada Binti Abd Rahman

Abstract

Quran adalah Kalamullah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS. Ia diturunkan kepada manusia secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah. Bagi umat Islam yang benar-benar menghayati kitab suci ini, Quran bukan sekadar pusaka peninggalan Rasulullah SAW semata-mata. Namun ia telah diamanahkan supaya umat manusia memeliharanya, mempelajarinya, mengamalkannya dan tidak lupa juga untuk menghafaznya. Amalan menghafaz Al-Quran ini telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi sehingga ke zaman kini. Terdapat banyak kaedah hafazan yang digunakan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Namun, kaedah turkiyah ini masih belum dikaji secara mendalam. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis kaedah Pengajian Tahfiz Al-Quran menggunakan metod Turkiyah di Pusat Tahfiz Antarabangsa Hayrat, Malaysia. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif yang menggunakan rujukan internet untuk mencari fakta mengenai kaedah hafazan pada zaman Rasullullah. Selain itu, pengkaji juga menemubual pengasas serta pengajar Maahad Tahfiz tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa kaedah hafazan Turkiyah mampu memudahkan pelajar khususnya pelajar tahfiz dalam menghafaz dan menghayati Al-Quran. Pelajar tahfiz tersebut perlu memastikan kaedah Turkiyah yang dipelajari diambil dari sumber yang tepat, sahih, dan dipercayai agar selaras dengan prinsip keilmuan dalam Islam. Konklusinya, diharapkan kewujudan kaedah Turkiyah pada abad ini dapat melahirkan satu modul pembelajaran kaedah tahfiz yang sistematik dan berkesan. Ini juga dapat melahirkan lebih ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan cemerlang. Justeru, diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat dan keilmuan kepada orang awam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Syed Najihuddin bin Syed Hassan, Anis Syahida Binti Mohd Jalaini @ Zailani, Nurul Huda Binti Badrul Hisam, & Syafiqah Syuhada Binti Abd Rahman. (2023). METOD PENGAJIAN TAHFIZ MENGGUNAKAN KAEDAH TURKI UTHMANI DI PUSAT TAHFIZ ANTARABANGSA HAYRAT, MALAYSIA. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2332