KEMUDAHAN APLIKASI ISLAMIK BAGI GOLONGAN TIPIKAL DAN OKU PENDENGARAN

Authors

  • Nur Arifah Binti Mohamad Fuad
  • Nur Aiman Izzati Binti Mohamad
  • Nur Anis Annadia Binti Che Musa
  • Maisarah Saidin

Abstract

Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) telah berkembang dengan pesatnya seiring dengan peredaran zaman. Penggunaan ICT dalam kehidupan memberi impak yang positif kepada masyarakat terutamanya dalam mencari maklumat serta ilmu pengetahuan. Gabungan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) agama Islam dilihat mampu memberi manfaat kepada umat Islam dalam mencari kebenaran dan fakta terhadap sesuatu perkara. Terdapat banyak aplikasi ICT yang dibangunkan. Antara teknologi kini yang mampu memberi kemudahan kepada umat Islam adalah melalui pembangunan aplikasi Islamik. Aplikasi adalah sejenis program komputer yang digunakan dengan peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan sebagainya. Antara aplikasi-aplikasi Islamik bagi golongan tipikal adalah TheNoor dan Qalby. Malah komuniti OKU pendengaran juga tidak terlepas daripada perkembangan teknologi aplikasi Islamik iaitu Quran Isyarat. Namun begitu, masyarakat Islam kurang mengetahui akan kewujudan aplikasi perisian Islamik dan tatacara penggunaan aplikasi tersebut. Tujuan kajian ini dijalankan berdasarkan tiga objektif iaitu menjelaskan konsep ICT menurut Islam, mendedahkan jenis-jenis aplikasi Islamik kepada golongan tipikal dan komuniti OKU pendengaran dan yang terakhir, mengenalpasti isu dan cabaran aplikasi Islamik bagi golongan tipikal dan komuniti OKU pendengaran. Kajian ini menggunakan metode kualitatif iaitu menilai aplikasi-aplikasi Islamik yang terdapat pada masa kini. Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan sendiri oleh pengkaji dengan menggunakan bahan ilmiah seperti jurnal, artikel dan sumber internet yang berkaitan dengan aplikasi Islamik. Hasil dapatan kajian ini mendapati kemudahan aplikasi-aplikasi Islamik dapat membantu masyarakat Malaysia terutamanya yang beragama Islam untuk memahami ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain bukan sahaja untuk golongan tipikal malahan juga bagi golongan OKU pendengaran. Tuntasnya, dengan aplikasi-aplikasi seperti ini, ia dapat menawarkan pengetahuan kepada pengguna tentang perlaksanaan ibadah. Justeru itu, diharapkan dengan aplikasi ini dapat membantu setiap mukmin melaksanakan ibadah secara mudah dan teratur mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Seterusnya, menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Nur Arifah Binti Mohamad Fuad, Nur Aiman Izzati Binti Mohamad, Nur Anis Annadia Binti Che Musa, & Maisarah Saidin. (2023). KEMUDAHAN APLIKASI ISLAMIK BAGI GOLONGAN TIPIKAL DAN OKU PENDENGARAN. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2330