ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN

Authors

  • Wan Nur Fatini Wan Mohd Zahid
  • Syed Najihuddin Syed Hassan
  • Duratus Syahirah Mohamad Amir
  • Nur Ratina Matunur Kamal Azmi

Abstract

Cara pengajaran dan pembelajaran ilmu agama seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah telah meluas pada zaman yang canggih ini seiring dengan perkembangan teknologi. Selain pembelajaran Al-Quran, pembelajaran ilmu tajwid pada era ini juga telah diperlebar melalui pembelajaran secara dalam talian sebagai medium yang dapat membantu masyarakat untuk menguasai ilmu ini tanpa batas. Namun tidak dinafikan terdapat isu dan juga cabaran tersendiri ketika belajar secara dalam talian. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis cabaran yang dihadapi oleh pelajar ketika mengikuti pengajian ilmu tajwid secara dalam talian. Jenis kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif melalui soal selidik dengan soalan terbuka terhadap pelajar Universiti Sains Islam Malaysia bagi mengenalpasti cabaran yang mereka hadapi ketika mengikuti pengajian ilmu tajwid secara dalam talian. Hasil kajian ini mendapati terdapat permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka daripada pelbagai aspek seperti contoh kejelasan penyampaian, kemahiran teknologi, tahap kefahaman dan lain-lain. Justeru itu, diharapkan dengan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan tenaga pengajar untuk menjayakan program pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian dengan lebih baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Wan Nur Fatini Wan Mohd Zahid, Syed Najihuddin Syed Hassan, Duratus Syahirah Mohamad Amir, & Nur Ratina Matunur Kamal Azmi. (2023). ISU DAN CABARAN PEMBELAJARAN ILMU TAJWID SECARA DALAM TALIAN. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2327