ANIMASI “OMAR & HANA” SEBAGAI MEDIUM PENYEBARAN GAYA HIDUP ISLAM KEPADA KANAK-KANAK

Authors

  • Nor Athirah binti Saiful Bahri
  • Nur Izzati binti Jemar @ Jamal
  • Syed Najihuddin bin Syed Hassan

Abstract

Animasi merupakan salah satu pemangkin dalam usaha penyebaran dakwah melalui pelbagai medium yang disediakan untuk menarik perhatian generasi muda khususnya kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak pada era kini amatlah kurang diberi pendedahan dengan gaya hidup Islam. Walhal, kanak-kanak ialah kelompok yang tidak boleh dipencilkan dalam arena dakwah. Generasi muda yang terdidik dengan acuan yang betul mampu memberi corak yang positif terhadap pembangunan negara. Dapat kita lihat bahawa golongan kanak-kanak amat mudah terpengaruh dengan apa yang ditayangkan di media massa, misalnya animasi “Omar & Hana” yang banyak menyampaikan mesej-mesej dakwah seperti doa-doa dan amalan harian. Industri di negara kita memerlukan lebih banyak animasi bercorak Islam yang mewarnai dunia hiburan kanak-kanak supaya mereka terdidik dengan ajaran Islam yang sebenar dengan cara lebih menarik. Malah, ia satu cabang dakwah yang berkesan untuk menambat hati generasi muda atau kanak-kanak. Namun sejauh manakah kesesuaian kandungan mesej yang disampaikan dapat membantu mempengaruhi kanak-kanak untuk mengikuti corak hidup Islam yang disampaikan? Kajian ini bertujuan mengkaji elemen dakwah dalam animasi ‘Omar dan Hana’ mengenai gaya hidup Islam kepada generasi muda terutamanya kanak-kanak. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian perpustakaan, analisis video dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan seperti artikel dan internet. Hasil kajian ini mendapati elemen dakwah yang terdapat dalam animasi “Omar & Hana” mampu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak terhadap kandungan corak hidup Islam yang disampaikan. Pihak penerbit animasi juga perlu memastikan kandungan cerita yang disampaikan adalah selari dengan syariat Islam. Kesimpulannya, kewujudan animasi dakwah seperti “Omar & Hana” pada hari ini banyak menyebarkan kandungan dakwah yang bercorakkan gaya hidup Islam kepada generasi muda khususnya kanak-kanak, serta menjadikannya sebagai satu medium penyampaian dakwah Islam dengan panduan yang betul dan berkesan. Justeru, diharapkan kajian ini dapat menjadi manfaat dan menambah pengetahuan kepada masyarakat dalam membentuk generasi akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Nor Athirah binti Saiful Bahri, Nur Izzati binti Jemar @ Jamal, & Syed Najihuddin bin Syed Hassan. (2023). ANIMASI “OMAR & HANA” SEBAGAI MEDIUM PENYEBARAN GAYA HIDUP ISLAM KEPADA KANAK-KANAK. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2325