ANALISIS PENYEBARAN HADIS-HADIS QUDSI DI TIKTOK

Authors

  • Nurul Nabilla Natasha Binti Abdullah
  • Syed Najihuddin bin Syed Hassan
  • Fatin Nor Aqilah Binti Mohd Norroe
  • Ainul Mardhiah Binti Khairul Azhar

Abstract

Tiktok merupakan salah satu platform sosial media yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat dunia pada masa kini. Aplikasi baru ini bukan sahaja mudah diakses dan menarik malah ia sebuah aplikasi dimana pengguna boleh mengedit serta berkongsi pelbagai jenis kandungan video. Hal ini dilihat lebih inovatif dan kreatif dalam proses pembelajaran dan penyebaran ilmu agama kepada masyarakat. Namun, ruang lingkup penggunaan Tiktok yang meluas dan terbuka menyebabkan banyak saluran hiburan yang lebih mendominasi berbanding perkongsian kandungan ilmiah. Perkongsian kandungan ilmiah seperti hadis qudsi penting untuk disampaikan supaya masyarakat lebih menghayati ilmu agama dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, hadis qudsi merupakan hadis yang terkandung firman Allah SWT dan lafaznya dari Rasulullah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penyebaran hadis qudsi di medium Tiktok. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Hasil kajian ini mendapati jumlah penyebaran hadis qudsi di Tiktok masih berkurangan sebagai kandungan perkongsian kepada masyarakat. Justeru, para pendakwah perlu seiring dengan kemodenan teknologi sebagai wasilah dakwah yang sesuai dengan keperluan zaman. Kesimpulannya, kewujudan platform Tiktok dewasa kini menjadi aplikasi terbaik yang menggabungkan elemen audio dan visual dalam meyampaikan informasi berkaitan hadis sekaligus dapat memartabatkan hadis sebagai sumber Islam ke dua yang perlu dipelihara sepanjang zaman.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Nurul Nabilla Natasha Binti Abdullah, Syed Najihuddin bin Syed Hassan, Fatin Nor Aqilah Binti Mohd Norroe, & Ainul Mardhiah Binti Khairul Azhar. (2023). ANALISIS PENYEBARAN HADIS-HADIS QUDSI DI TIKTOK. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 6(11). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2324