PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT (COVID 19) DAN PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM MENANGANINYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Zulkifli Mohamed
  • Noor Marini Abdullah
  • Roliza Md Yasin
  • Abdul Rashid Zakaria
  • Shafiza Safie

Abstract

Penyakit Covid 19 walaupun masih baru namun dalam Islam telah lama wujud penyakit sedemikian yang melibatkan ramai manusia terkorban. Namun begitu langkah pencegahan sebagaimana yang diajurkan oleh Islam dan peranan pelbagai pihak masih lagi menjadi perdebatan. Justeru kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana cara yang diambil oleh Islam dalam usaha menangani penyakit sedemikian dari terus menular dan membahayakan manusia seterusnya meneliti peranan yang dimainkan oleh semua pihak dalam menanganinya sepertimana yang dianjurkan oleh Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data melalui kepustakaan manakala analisis dokumen digunakan bagi metodee analisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa agama Islam sememangnya agama yang memberi panduan terbaik buat umat manusia termasuk juga dalam mendepani wabak berbahaya seperti Covid 19 dengan membawakan dalil-dalil dari sumber Islam sebagai panduan termasuk langkah pencegahan serta semua pihak juga dilihat sedaya mampu mengambil langkah pencegahan agar penyakit ini dapat dielakkan seterusnya dihentikan. Peranan yang diambil oleh semua pihak juga selari dengan ajaran Islam dalam mendepani wabak Covid 19 ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-03-31

How to Cite

Zulkifli Mohamed, Noor Marini Abdullah, Roliza Md Yasin, Abdul Rashid Zakaria, & Shafiza Safie. (2022). PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT (COVID 19) DAN PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM MENANGANINYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 5(10). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2321