PROGRAM AGAMA BAHAGIAN PEMULIHAN DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN KAMPUNG BELIMBING SUBOK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Authors

  • Seri Ramizah Matussin
  • Profesor Madya Dr. Anis Malik Thoha

Abstract

Kompleks Rumah Kebajikan Kampung Belimbing Subok Negara Brunei Darussalam (KRK) merupakan sebuah institusi kebajikan yang bernaung di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan yang menempatkan remaja-remaja yang terlibat dengan permasalahan sosial. KRK bertindak sebagai sebuah pusat yang bertanggungjawab dalam memberikan perlindungan dan pemulihan kepada remaja-remaja tersebut. KRK dengan kerjasama dan usaha guru-guru agama di KRK telah menyusun dan merangka program agama bagi remaja yang ditempatkan di sana. Justeru, kajian ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti pengisian dan pelaksanaan program agama yang dijalankan di KRK. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan dua teknik pengumpulan data iaitu temubual dan analisis dokumen berkaitan. Informan kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru agama yang bertanggungjawab menjalankan program agama di KRK. Hasil kajian mendapati bahawa pengisian program agama yang dilaksanakan di KRK ialah terdiri daripada bimbingan Aqidah dan Akhlak, Amali dan Al-Qur’an dengan memberi tumpuan kepada aspek pengukuhan aqidah, pengayatan ibadah dan pembangunan akhlak remaja. Keperibadian yang baik pada diri mereka pastinya menjadi bekalan apabila remaja tersebut bebas dan keluar daripada KRK. Walaubagaimanapun, pemulihan remaja bermasalah sosial ini memerlukan kepada peranan pelbagai pihak seperti institusi keluarga dan sebagainya untuk sama-sama memastikan tujuan pemulihan dan bimbingan tetap berkesan dan terpantau.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2021-12-31

How to Cite

Seri Ramizah Matussin, & Profesor Madya Dr. Anis Malik Thoha. (2021). PROGRAM AGAMA BAHAGIAN PEMULIHAN DI KOMPLEKS RUMAH KEBAJIKAN KAMPUNG BELIMBING SUBOK NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 4(9). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2320