PEMBENTUKAN SIKAP INDIVIDU DAN KESANNYA MENURUT ISLAM

Authors

  • Zulkifli Mohamed
  • Shafiza Safie
  • Muhammad Syafiq Hassan

Abstract

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan sikap manusia kerana ia akan menentukan kejayaan seseorang bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana. Setelah diteliti terdapat 3 unsur utama dalam membentuk sikap manusia yang lahir daripada kebiasaan seterusnya menentukan kejayaan seseorang insan antaranya ialah pengetahuan, kemahiran dan motivasi. Ini kerana masih ramai yang tidak mengetahui ketiga-tiga unsur tersebut memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sehingga pengaruh sikap ini dapat menentukan kejayaan seseorang menurut Islam. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana Islam memainkan peranan dalam pembentukan sikap individu dengan menjelaskan tiga unsur penting iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi serta kesannya menurut perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan metode pengumpulan data melalui analisis dokumen. Dengan terhasilnya kajian ini maka pengkaji dapat mengeluarkan unsur-unsur dalam membentuk sikap manusia yang memberi pengaruh dan kesan yang besar ke arah kejayaan seseorang dalam kehidupannya terutama dalam pekerjaan seharian yang dilakukan. Oleh itu, kajian ini juga dapat memberi sumbangan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti sekolah, universiti, organisasi dan sebagainya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-12-31

How to Cite

Zulkifli Mohamed, Shafiza Safie, & Muhammad Syafiq Hassan. (2020). PEMBENTUKAN SIKAP INDIVIDU DAN KESANNYA MENURUT ISLAM. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 3(8). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2316