TAHAP KEPUASAN PENGUNJUNG TERHADAP CIRI-CIRI PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI PASAR MINGGU PUTATAN, KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Jabil Mapjabil
  • Datu Razali Datu Eranza
  • Ridhuan Mohd
  • Herman Obi
  • Muhammad Nashrul Azam Shabri
  • Gulam Mohammad

Abstract

Pasar minggu merupakan salah satu aktiviti ekonomi sektor informal yang konvensional namun berkembang pesat seiring dengan proses pembandaran. Sejajar dengan tempoh operasinya yang telah berdekad lamanya, suatu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pengunjung terhadap pasar minggu. Untuk itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pengunjung terhadap ciri-ciri perkhidmatan dan kemudahan di Pasar Minggu di Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini melibatkan penggunaan kaedah kuantitatif melalui tinjauan borang soal selidik terhadap 80 orang responden. Dengan menggunakan analisis skala likert dan tafsiran skor min yang dikemukakan oleh Alias (1999), pengkaji dapat meneliti tahap kepuasan responden untuk beberapa parameter yang telah ditetapkan. Hasil kajian untuk ciri perkhidmatan di pasar minggu mendapati ciri kepelbagai jenis produk serta produk yang memenuhi keperluan dan citarasa mencatatkan skor min yang lebih ‘tinggi’ berbanding beberapa ciri lain dengan masing-masing skor min 3.90 ke atas. Terdapat tiga aspek yang mencatatkan skor min ‘sederhana’ sahaja iaitu gerai yang kecil dan sempit (3.36), persekitaran yang bersih (3.34) dan kemudahan asas yang lengkap (3.31). Untuk analisis tahap kepuasan terhadap kemudahan yang disediakan di pasar minggu pula, aspek ketersediaan kedai makan minum (3.90) dan pengangkutan (3.35) mencatatkan skor min yang ‘tinggi’. Namun begitu, tiga aspek yang mencatatkan skor ‘sederhana’ yang paling rendah iaitu kemudahan aduan dan informasi (2.85), tempat meletak kenderaan (2.70) dan pondok keselamatan (2.64). Untuk itu, hasil kajian ini diharap dapat menyediakan cadangan penambahbaikan kepada pihak pemegang taruh yang berkenaan agar Pasar Minggu Putatan akan lebih menjadi tumpuan pengunjung dan pelanggan, berdaya saing dan lestari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-09-30

How to Cite

Jabil Mapjabil, Datu Razali Datu Eranza, Ridhuan Mohd, Herman Obi, Muhammad Nashrul Azam Shabri, & Gulam Mohammad. (2020). TAHAP KEPUASAN PENGUNJUNG TERHADAP CIRI-CIRI PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI PASAR MINGGU PUTATAN, KOTA KINABALU, SABAH. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 3(7). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2314