PENILAIAN PRESTASI BERASASKAN KONSEP HISBAH: SATU SOROTAN
Abstract
Penilaian prestasi amnya merupakan satu proses menilai kerja dan hasil kerja bagi memastikan nilai yang diperoleh adalah baik dan terpelihara. Jika terdapat kekurangan dan kelemahan tertentu, ia dapat diperbaiki untuk membolehkan sesebuah organisasi atau institusi mencapai matlamat yang ditetapkan. Namun dalam konteks menilai prestasi pekerja, aspek pengawasan (hisbah) dalaman dan luaran perlu diambil kira supaya penilaian yang dilakukan adalah benar dan tidak melanggar hak-hak pekerja yang dinilai. Oleh yang demikian, kertas kerja ini dilakukan dengan dua objektif iaitu, pertama; mengenal pasti penilaian prestasi dalam Islam, kedua; menganalisis penilaian prestasi berasaskan kepada konsep hisbah. Berikutan itu, bagi mencapai kedua-dua objektif, kertas kerja ini dilakukan dengan menggunakan reka bentuk penjelasan melalui pengumpulan data sekunder iaitu berasaskan kepada kajian dokumen. Setelah data diperoleh dan dikumpulkan, data akan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa penilaian prestasi yang dijalankan oleh manamana organisasi atau institusi perlu kepada pengawasan (hisbah) supaya proses penilaian yang dilakukan adalah tepat dan tidak menyeleweng terhadap orang yang dinilai dan organisasi itu sendiri. Oleh yang demikian, elemen hisbah yang terdiri daripada tawhidi, itqan dan ihsan perlu diterapkan dalam diri penilai dan proses dalam hisbah perlulah ditekankan dalam membuat penilaian hasil kerja dan pekerja di sesebuah organisasi atau institusi.