DIMENSI YANG MENYUMBANG KEPADA PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN: KAJIAN KE ATAS MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DI MALAYSIA
Abstract
Bidang keusahawanan merupakan elemen penting untuk membawa ekonomi sesebuah negara ke tahap yang lebih tinggi dan kompetitif. Negara yang mempunyai ramai usahawan adalah lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya. Objektif kertas kerja ini adalah untuk menentukan hubungan dimensi-dimensi yang mengumbang kepada pemikiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Kajian ini akan memfokuskan kepada dimensi mengenal peluang, mengambil risiko, tolerasni terhadap kekaburan serta kreativiti dan inovasi. Kajian ini menggunakan reka bentuk sequential mixed method yang melibatkan dua fasa. Fasa pertama ialah kaedah kuantitatif yang menggunakan teknik soal selidik untuk meninjau sejauh mana pendidikan di IPTA berupaya menerapkan pemikiran keusahawanan dalam kalangan pelajar IPTA. Fasa kedua ialah kaedah kualitatif yang menggunakan teknik temu bual untuk menerokai elemen-elemen dalam pendidikan IPTA yang boleh memberi sumbangan kepada pemikiran keusahawanan pelajar IPTA di Malaysia. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar IPTA di Malaysia, manakala seramai 2001 responden telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati skor min bagi keseluruhan pemikiran keusahawanan adalah 3.91 dengan sisihan piawai 0.47. Ini bermakna pemikiran keusahawanan pelajar ijazah sarjana muda di Malaysia berada di tahap sederhana tinggi.