PENGARUH KONSEP NAFSU DALAM ANDAIAN KETIDAK-TERHADAN KEHENDAK MANUSIA DALAM EKONOMI ISLAM ARUS PERDANA

Authors

  • Mohd Zulkifli Muhammad
  • Nur Fairus Abd Hamid
  • Hazriah Hasan
  • Abdul Jabbar Abdullah

Abstract

Nafsu memainkan peranan penting mempengaruhi kehendak manusia dalam aktiviti perekonomian. Menurut sarjana ekonomi Islam arus perdana, kehendak manusia adalah tidak terbatas. Oleh itu, manusia lebih cenderung menurut hawa nafsunya untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang boleh melampaui batas yang digariskan Islam. Persoalannya, adakah pengaruh nafsu boleh diguna pakai dalam andaian kehendak manusia yang tidak terbatas dalam ekonomi Islam arus perdana? Adakah pengaruh nafsu ini dapat menjelaskan permasalahan yang dihadapi oleh manusia berkaitan dengan kehendak dalam ekonomi Islam arus perdana? Untuk menjawab persoalan tersebut, artikel ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai satu objektif iaitu menganalisis pengaruh nafsu terhadap andaian ketidak-terhadan kehendak manusia dalam ekonomi Islam arus perdana. Kajian ini penting kerana ia dapat menganalisis persoalan sama ada perbahasan andaian ketidak-terhadan kehendak manusia dalam ekonomi Islam arus perdana mengambil kira pengaruh nafsu. Kajian ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang andaian ini dari perspektif nafsu dalam Islam. Kajian ini bersifat kajian deskriptif. Data yang digunakan diperolehi daripada kajian perpustakaan. Analisis kandungan dan tekstual digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian ini mendapati bahawa perbincangan andaian ini dalam ekonomi Islam arus perdana tidak mengambil kira pengaruh nafsu secara menyeluruh. Andaian tersebut diadunkan dengan sokongan sumber-sumber rujukan Islam dan ekonomi lazim. Adunan ini bertujuan mewujudkan ciri-ciri keIslaman dalam andaian tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-03-31

How to Cite

Mohd Zulkifli Muhammad, Nur Fairus Abd Hamid, Hazriah Hasan, & Abdul Jabbar Abdullah. (2020). PENGARUH KONSEP NAFSU DALAM ANDAIAN KETIDAK-TERHADAN KEHENDAK MANUSIA DALAM EKONOMI ISLAM ARUS PERDANA. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 3(6). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2309