TAHAP PENGETAHUAN PENGGUNA ISLAM TERHADAP STRATEGI KOMUNIKASI JAKIM DAN PENGARUHNYA TERHADAP GELAGAT PEMBELIAN MAKANAN HALAL DI MALAYSIA

Authors

  • Ruqaiyah

Abstract

Pengembangan empayar industri makanan halal dunia menjadikan kajian terhadap industri ini sebagai keperluan yang mendesak. Ini dipersetujui memandangkan pertambahan masyarakat Islam dunia dijangka akan meningkat sehingga 2,761,480,000 menjelang tahun 2050 berdasarkan dapatan oleh Pusat Kajian Pew, USA sedangkan nilai pasaran halal semasa cuma dianggarkan mencecah USD 2.3 billion sahaja. Walaubagaimanapun, beberapa isu telah dibangkitkan dalam industri makanan halal samada di peringkat domestik mahupun antarabangsa terutamanya berkaitan dengan penyalahgunaan label halal dan pengendalian komunikasi yang lemah dilihat sebagai antara faktor yang melambatkan proses ini. Di Malaysia, Fungsi JAKIM sebagai agensi penguatkuasa Akta Halal menuntut komunikasi berkesan di antara organisasi ini dengan masyarakat Islam, lebih-lebih lagi dalam keadaan pelbagai sentimen berkaitan agama dan kaum yang semakin rancak memenuhi dada media hari ini. Kajian ini membincangkan tahap pengetahuan pengguna terhadap strategi komunikasi yang dipraktikkan oleh JAKIM dan sejauh mana pengetahuan ini mempengaruhi gelagat pembelian produk makanan halal dalam kalangan pengguna Islam di Malaysia. Signifikan kajian ini adalah kerana imej organisasi JAKIM yang dilihat kontroversi dengan pelbagai isu terutama berkaitan produk makanan halal. Hal ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan pengguna Islam sendiri, apatah lagi dalam fasa peralihan politik negara baru-baru ini. Menggunakan model kognitif (lanjutan) dan pembelian oleh Dodds, et al. (1991), penyelidik cuba melihat perkaitan di antara pembolehubah bebas iaitu pengetahuan pengguna Islam terhadap strategi komunikasi JAKIM dengan pembolehubah bersandar iaitu gelagat pembelian pengguna Islam. Sebanyak 400 set borang soal selidik telah diedarkan. Responden kajian dipilih secara persampelan mudah dalam kalangan pengunjung Pusat Membeli Belah Mid Valley dan Sunway Pyramid. Data kuantitatif ini kemudiannya dianalisis menggunakan ujian korelasi menerusi perisian SPSS. Kajian mendapati bahawa tahap engetahuan pengguna terhadap strategi komunikasi JAKIM adalah dalam tahap sederhana. Tahap pengetahuan yang sederhana ini digunakan dalam proses membuat keputusan pembelian produk makanan halal oleh pengguna Islam tersebut dan hasil kajiannya menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara kedua pembolehubah ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-31

How to Cite

Ruqaiyah. (2019). TAHAP PENGETAHUAN PENGGUNA ISLAM TERHADAP STRATEGI KOMUNIKASI JAKIM DAN PENGARUHNYA TERHADAP GELAGAT PEMBELIAN MAKANAN HALAL DI MALAYSIA. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 2(5). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2305