PERANAN WANITA DALAM WAKAF: KEPERLUAN DARI SUDUT MAQASID SYARIAH

Authors

  • Mek Wok Mahmud
  • Nor Amni Bazilah Mohd Zain

Abstract

Secara umumnya, wakaf merupakan satu instrumen penting yang dapat menyelesaikan masalah ekonomi dalam sesebuah negara. Tujuan utama wakaf ialah untuk memberi manfaat kepada ekonomi dan masyarakat. Sejarah wakaf bermula sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. dan berkembang berterusan sehingga ke hari ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sumbangan wanita dalam wakaf dari sudut sejarah dan kontemporari serta melihat sejauh mana kepentingan sumbangan wanita dalam wakaf dan bagaimana hubungkait dengan maqasid syariah. Sejarah telah membuktikan pelbagai jenis sumbangan wanita sebagai pengasas, penerima dan pengurus harta wakaf. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah penyelidikan perpustakaan yang mengkaji tentang bukti sumbangan wanita dari sudut sejarah dan kontemporari, serta menganalisis sumbangan wanita terhadap wakaf dari sudut pandang maqasid syariah. Hasil kajian menunjukkan analisis kepentingan wanita terlibat dalam wakaf dari sudut perspektif maqasid syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-30

How to Cite

Mek Wok Mahmud, & Nor Amni Bazilah Mohd Zain. (2019). PERANAN WANITA DALAM WAKAF: KEPERLUAN DARI SUDUT MAQASID SYARIAH. Jurnal Penyelidikan Islam Dan Kontemporari, 2(3). Retrieved from https://academicinspired.com/joirc/article/view/2302