SPA BERKONSEPKAN ISLAM DI MALAYSIA
Abstract
Kepentingan status patuh syariah tidak hanya terbatas kepada produk makanan dan perbankan sahaja malah wajar diperluas kepada industri pelancongan spa juga. Spa berkonsepkan Islam semakin diterima masyarakat pada hari ini. Kajian ini menganalisis kriteria-kriteria spa patuh syariah yang diamalkan oleh pengusaha-pengusaha spa di Malaysia. Hasil anaslisis kajian digunakan untuk membangunkan garis panduan spa patuh syariah sebagai panduan dan rujukan kepada pengusaha spa dalam memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan kehendak syariah. Ia seharusnya dapat memberikan kemudahan fasiliti dan layanan kecantikan dan kesihatan serta kebersihan tubuh selari dengan ajaran Islam untuk dijadikan panduan sebagai spa patuh syariah. Hasil kajian ini dapat mewujudkan satu panduan dan dipraktikkan serta diselaraskan supaya dapat dijadikan panduan kepada seluruh spa di Malaysia. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatakan analisis dokumen. Justeru, hasil kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pengusaha spa, pelanggan dan semua badan terlibat dalam menghasilkan dan menyelaraskan spa berkonsep Islam untuk dijadikan sebagai panduan kepada pengusaha spa dan badan terlibat dalam menghasilkan spa patuh syariah di Malaysia dan peringkat antarabangsa.