AKIDAH MASYARKAT ISLAM DI KELANTAN: SUMBANGAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) DALAM PENERAPANNYA
Abstract
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah ditubuhkan pada tahun 1915 antara tugasnya untuk mengukuhkan pentadbiran yang berkaitan agama Islam dan menetapkan akidah masyarakat Islam di Kelantan. MAIK juga banyak memberikan sumbangan ke arah pembangunan dan kemakmuran Islam di Kelantan khasnya dalam usaha penerapan akidah masyarakat dan pemantapannya. Justeru, kajian ini membincangkan tentang sumbangan dari sudut program-program yang dijalankan oleh pihak MAIK dalam usaha menenerapkan akidah masyarakat di Kelantan menerusi Unit Penerbitan MAIK dan Unit Hal Ehwal Masjid. Kajian ini merupakan kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan metode pengumpulan dan penganalisisan data serta temu bual bagi memperoleh maklumat yang diperlukan dengan tepat dan pasti. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa pihak MAIK berjaya mempertahankan akidah masyarakat melalui pelbagai program yang dilakukan sejak penubuhannya dalam memberikan sumbangan bagi pemantapan akidah masyarakat dan membendung kegiatan jenayah dan keruntuhan akhlak dari terus tersebar dengan meluas.