AMALAN ETIKA PERNIAGAAN DI KALANGAN USAHAWAN: SATU SOROTAN LITERATUR

Authors

  • Zahari Mohamed
  • Associate Prof. Samihah Saad @ Haji Ismail

Abstract

Matlamat utama sesebuah perniagaan yang dijalankan untuk mengaut keuntungan, namun, usahawan juga perlu mengamalkan tingkahlaku beretika perniagaan tertentu seperti adil, jujur, bertanggungjawab dan berintegriti. Etika perniagaan adalah sebahagian prinsip moral dalam perniagaan Dalam keadaan ekonomi yang mencabar terutamanya selepas era pandemic Covid-19 ini seperti peningkatan persaingan sengit, isu-isu berkaitan kelangsungan hidup (survival) syarikat, peningkatan mendadak kos bahan mentah akibat pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, peningkatan risiko kegagalan perniagaan, sumber daya terhad, dan lain-lain telah menyebabkan ushawan lebih tertekan dan cenderung untuk menjalankan perniagaan yang tidak beretika dan hanya memementingkan keuntungan samata-mata. Ini dapat di lihat dengan peningkatan jumlah kes yang direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap tahun. Penelitian terhadap kajian literatur menunjukkan kepentingan penghayatan etika perniagaan dalam menjaga nama baik perniagaan, keuntungan dan kejayaan sesebuah perniagaan, daya saing perniagaan, kesetiaan pekerja dan pelanggan. kepercayaan jenama. dan martabat perniagaan.

Downloads

Published

2022-09-30