PENGLIBATAN PELAJAR DALAM E-NIAGA DAN KESAN TERHADAP PRESTASI PELAJAR

Authors

  • Noorhasimah Binti Kassim, K.B, P.A
  • Dorah Binti Mohamed Darul

Abstract

Inovasi dalam teknologi dan komunikasi telah membolehkan perniagaan beroperasi secara global tidak seperti sebelum ini. Pada masa lalu, komunikasi boleh mengambil masa berhari-hari jika tidak berminggu-minggu. Kini semua transaksi perniagaan boleh berlaku dalam beberapa minit sahaja. E-perniagaan atau e-niaga, juga dikenali sebagai e-dagang merujuk kepada menjalankan perniagaan melalui internet. Kelebihan perniagaan sebegini adalah banyak dan berkembang setiap hari. Umumnya untuk menjalankan e-perniagaan adalah tidak sukar berbanding dengan perniagaan tradisional dan tanpa premis. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai sama ada wujud penglibatan pelajar dalam e-niaga dan juga untuk menentukan pengaruh penglibatan pelajar dalam prestasi pelajar. Sampel kajian adalah dalam kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Sabah. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan data akan dianalisis secara deskriptif dan regresi linear. Hasil kajian mendapati tahap penglibatan pelajar PKK dalam e-niaga adalah masih rendah. Justeru, sokongan dan bimbingan institusi terutama sekali Politeknik perlu bagi memberi pendedahan dalam kalangan pelajar tentang e-niaga. Pada masa kini e-niaga telah membantu banyak orang menambah pendapatan dan menjadikannya sebagai kerjaya.

Downloads

Published

2022-03-31