KEINGINAN PENCAPAIAN DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN: PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Solahuddin Abdul Hamid

Abstract

Keinginan pencapaian adalah salah satu komponen penting motivasi bukan sahaja dalam disiplin ilmu psikologi, malah dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pengurusan dan akademik. Manusia memiliki personaliti, pemikiran, keinginan atau kemampuan yang pelbagai serta berbeza antara satu sama lain. Kepelbagaian tersebut turut dipengaruhi oleh pandangan semesta (worldview) sesuatu agama atau budaya yang dianuti ketika mereka melihat, mendekati dan berinteraksi dengan segala sesuatu dalam kehidupan seharian. Seterusnya, ia menjadi nilai dan falsafah hidup seseorang bagi membentuk dengan sikap dan cara pekerjaannya. Justeru, meskipun setiap sistem ekonomi sama ada Islam, sekular, sosialis dan kapitalis cenderung untuk membangunkan perkara yang sama iaitu jiwa manusia, namun konsep pembangunannya adalah berbeza antara satu sama lain kesan daripada perbezaan ontologi tentang kejiwaan manusia, pertentangan epistemologi ilmu dan kepelbagaian metodologi pembangunan kerohanian manusia. Artikel ini cuba mengorganisasi semula persoalan teoretikal motivasi keinginan pencapaian supaya sekurang-kurangnya satu hari nanti umat Islam berkeupayaan membentuk bukan sahaja kerangka pemikiran bahkan gagasan ilmu motivasi itu sendiri berdasarkan perspektif Islam.

Downloads

Published

2021-12-31