PELAKSANAAN PEMBANGUNAN HARTA WAKAF DI NEGERI PULAU PINANG DALAM SEKTOR KOMERSIAL

Authors

  • Baihaki Abdullah
  • Azreen Hamiza Abdul Aziz
  • Zakaria Bahari

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan pembangunan harta wakaf di negeri Pulau Pinang khususnya dalam sektor komersial. Perkara ini disebabkan terdapat harta wakaf di Pulau Pinang yang terletak di tengah bandar mempunyai potensi yang besar untuk memperolehi hasil yang lebih besar berbanding dengan harta wakaf terletak di luar bandar kerana mempunyai nilai yang tinggi. Perolehan yang besar boleh diperoleh melalui pembangunan dalam bentuk komersial berbanding dengan dalam bentuk sewaan tanah. Namun untuk melakukan pembangunan ini bukan perkara yang mudah, mutawalli (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang) perlu menghadapi beberapa cabaran dan masalah dalam melakukannya. Persoalannya apa bentuk yang dilakukan mutawalli dalam membangunkan wakaf yang berbentuk komersial. Bagaimanakah pembangunan harta wakaf di negeri Pulau Pinang dalam sektor komersial menepati potensi perolehan yang tinggi. Oleh itu kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti bentuk-bentuk pembangunan harta wakaf dalam sektor komersial di negeri Pulau Pinang. Kedua menganalisis potensi perolehan pembangunan harta wakaf tersebut sebagai suatu usaha melestarikan harta wakaf. Data sekunder digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan analisis kandungan dokumen. Dijangka bentuk pembangunan komersial negeri Pulau Pinang dalam bentuk kediaman, kedai dan pejabat merupakan bentuk yang utama dilakukan. Perolehan hasil daripada perkembangan harta wakaf ini berpotensi meningkatkan lagi harta wakaf di Pulau Pinang.

Downloads

Published

2020-12-31