CIRI-CIRI KEPIMPINAN ISLAM, HUBUNGANNYA TERHADAP KOMITMEN ORGANISASI

Authors

  • Dzulfida A Razak
  • Muhammad Nasri Md. Hussain
  • Abdullah Abdul Ghani

Abstract

Ciri-ciri kepimpinan Islam merupakan konstruk penting seorang pengetua kerana ia mempunyai hubungan dengan komitmen organisasi.Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah agama dari rangkaian NGO IKRAM Musleh. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data. Soal selidik dibina berdasarkan buku `Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam’, karangan Abdullah Naseh Ulwan. Manakala instrumen komitmen organisasi pula menggunakan soal selidik `Organizational Commitment Questionaires’ (OQC) oleh Mowday, Porter dan Steers (1982) yang mengandungi 22 soalan. Kaedah analisis deskriptif dan statistik inferen digunakan untuk melihat tahap pemboleh ubah bersandar komitmen organisasi, pemboleh ubah tidak bersandar ciri-ciri kepimpinan Islam dan hubungannya terhadap komitmen organisasi. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan diantara ciri-ciri kepimpinan Islam terhadap komitmen guru-guru. Tiga konstruk ciri-ciri kepimpinan Islam yang digunakan merupakan asas untuk memperkukuhkan hubungan pengetua dengan Allah SWT dan juga hubungan dengan manusia. Hasil dari penemuan ini pemegang taruh sekolah akan dapat merancang program pengukuhan untuk memelihara kewibawaan pengetua.

Downloads

Published

2020-09-30