TAHAP CIRI KEUSAHAWANAN DAN TEKAD KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR BIDAYUH, SARAWAK

Authors

  • Mohd Faiz Yusoff
  • Norasmah Othman

Abstract

Bidang kusahawanan menjadi satu keutamaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini adalah kerana keadaan semasa yang ingin membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar dan seterusnya memupuk minat mereka untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, khasnya bagi pelajar Bidayuh. Laporan statistik menunjukkan peratus penglibatan masyarakat Bidayuh Sarawak dalam bidang keusahawanan amatlah rendah. Adakah ini bermakna masyarakat Bidayuh tidak memiliki ciri dan tekad keusahawanan? Oleh itu, satu kajian telah dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti ciri keusahawanan dan tekad keusahawanan pelajar Bidayuh. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan melibatkan seramai 100 pelajar Bidayuh sebagai sampel. Dapatan kajian selepas dianalisis menunjukkan bahawa tahap ciri keusahawanan dan tekad keusahawanan pelajar bidayuh adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Ini bermakna pelajar Bidayuh masih lemah tentang ciri keusahawanan dan tekad keusahawanan. Implikasi daripada dapatan ini adalah pihak KPM dan JPN harus ambil maklum dan menyediakan latihan dan kursus kepada pelajar Bidayuh bagi meningkatkan minat dan potensi pelajar dalam bidang keusahawanan.

Downloads

Published

2019-06-30