PERSEKITARAN PERSAINGAN PERNIAGAAN DENGAN PRESTASI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DI KOTA BHARU DALAM INDUSTRI MAKANAN DAN MINUMAN (F&B)

Authors

  • Nasrin Batrisha M Kasim
  • Tee Meng Tian
  • Nasuha Mohamad Nazri
  • Najatulsyahirah Abdul Rahim
  • Muhammad Naqib Mat Yunoh
  • Nurul Hasliza Zainan
  • Khairunnisa Mohammad Zahir

Abstract

: Kajian dijalankan untuk mengetahui perhubungan persekitaran persaingan perniagaan dengan prestasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di kawasan Kota Bharu dalam industri makanan dan minuman(F&B) Dalam kajian ini, kajian tertumpu pada faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri makanan dan minuman dalam kalangan peniaga di Kota Bharu. Melalui kajian ini, faktor-faktor yang dikenalpasti iaitu persekitaran ekonomi, teknologi, persaingan dan tingkah laku pengguna mempengaruhi prestasi PKS dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Kota Bharu. Kajian soal selidik telah dijalankan bagi mengumpul data daripada responden yang disasarkan kepada 140 peniaga di Kota Bharu dan 136 responden telah memberi respons terhadap soal selidik yang dijalankan. Setelah mengumpul data daripada responden (peniaga), penyelidik menganalisa data menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 24. Analisis kebolehpercayaan, analisis deskriptif, analisis pekali dan analisis regresei berganda dijgunakan dalam kajian ini untuk mengakakji hubungan pembolehubah bebas (ekonomi, teknologi, persaingan, tingkah laku pengguna) dengan pembolehubah kebergantungan (prestasi PKS dalam industri makanan dan minuman) dalam kalangan peniaga Kota Bharu. Dapatan daripada kajian menunjukkan setiap pemboeh ubah bebas mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi PKS dalam industri makanan dan minuman (F&B) dalam kalangan peniaga di Kota Bharu.

Downloads

Published

2018-03-31