GAYA KEPIMPINAN LEADER-MEMBER EXCHANGE DAN TINGKAH LAKU KERJA INOVATIF

Authors

  • Fadillah Ismail
  • Chan Shiau Wei

Abstract

Gaya kepimpinan LMX adalah satu kualiti hubungan antara pemimpin dan pengikutnya yang mana melalui kajian ini, pengkaji ingin mengenalpasti sejauhmana gaya kepimpinan Leader-Member Exchange memberi kesan kepada tingkah laku kerja inovatif. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan soal- selidik sebagai alat pengumpulan data. Populasi kajian adalah terdiri daripada pekerja-pekerja bidang teknikal yang terdiri daripada Jurutera dan Juruteknik di dalam sektor pembuatan di kawasan perindustrian Batu Pahat dan Johor Bahru, Johor. Seramai 204 responden telah terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Structural Equation Modeling. Analisis deskriptif dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS dan analisis SEM menggunakan SmartPLS. Dapatan dari kajian ini menunjukkan bagaimana gaya kepimpinan LMX dan kesan perkaitannya dengan tingkah laku kerja inovatif. Kajian ini distrukturkan sebagai kajian kuantitatif dengan gaya kepimpinan Leader-Member Exchange sebagai pembolehubah bebas, tingkah laku kerja inovatif sebagai pembolehubah terikat untuk mengkaji hubungannya dalam kalangan pekerja di sektor pembuatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Fadillah Ismail, & Chan Shiau Wei. (2024). GAYA KEPIMPINAN LEADER-MEMBER EXCHANGE DAN TINGKAH LAKU KERJA INOVATIF. International Journal of Accounting, Finance and Business, 9(55). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/846