HUBUNGAN ANTARA KETIDAKJAMINAN KERJA DAN NIAT UNTUK BERHENTI

Authors

  • Fadillah Ismail
  • Chan Shiau Wei

Abstract

Industri pembuatan adalah antara penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi di Malaysia. Namun, pekerja dalam industri ini telah merekodkan kadar kehilangan pekerjaan yang tertinggi pada tahun 2018. Terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa ketidakjaminan kerja mempunyai hubungan dengan niat untuk berhenti. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti hubungan antara ketidakjaminan kerja daa niat untuk berhenti di ABCManufacturing (M) Sdn. Bhd. Kajian ini adalah merupakan sebuah kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian ini terdiri daripada 215 orang operator bahagian pengeluaran di ABCManufacturing (M) Sdn. Bhd. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27. Statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data untuk mengenalpasti tahap ketidakjaminan kerja dan tahap niat untuk berhenti. Manakala, statistik inferensi digunakan bagi menganalisis data untuk mengenalpasti hubungan antara ketidakjaminan kerja dan niat untuk berhenti. Dapatan kajian mendapati hubungan yang positif dan signifikan antara ketidakjaminan kerja dan niat untuk berhenti

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Fadillah Ismail, & Chan Shiau Wei. (2024). HUBUNGAN ANTARA KETIDAKJAMINAN KERJA DAN NIAT UNTUK BERHENTI. International Journal of Accounting, Finance and Business, 9(55). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/845