FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN TEKNOLOGI KEWANGAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Fara Khaleeda Zainuddin
  • Si-Roei Kew
  • Lain-Tze Tee

Abstract

Peranan teknologi kewangan di musim pandemik COVID-19 meningggalkan impak yang besar kepada ekonomi dan masyarakat dunia khususnya rakyat Malaysia dalam memberikan perkhidmatan kemudahan terhadap solusi transaksi kewangan meskipun berlakunya sekatan kawalan pergerakan di seluruh negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor mempengaruhi penggunaan teknologi kewangan semasa pandemik COVID-19. Fokus kajian adalah meneroka empat factor iaitu jangkaan prestasi, jangkaan usaha, faedah yang diperoleh dan keselamatan yang dijangkakan dalam menentukan niat tingkah laku pengguna yang menggunakan teknologi kewangan. Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 102 orang responden yang merupakan ahli komuniti penduduk yang menetap di negeri Selangor. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu dengan kaedah pengedaran borang soal selidik. Kajian ini diukur dengan menggunakan kaedah analisis kebolehpercayaan, analisis deskriptif, analisis korelasi dan analisis regresi berganda. Dapatan hasil keseluruhan model kajian ini menunjukkan bahawa jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan faedah yang diperoleh mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan niat tingkah laku menggunakan teknologi kewangan semasa pandemik COVID-19. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada ahli akademik, pihak berkepentingan industri dan penggubal dasar tentang kepentingan jangkaan prestasi, jangkaan usaha dan faedah yang diperoleh oleh pengguna demi mendorong penggunaan teknologi kewangan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Fara Khaleeda Zainuddin, Si-Roei Kew, & Lain-Tze Tee. (2024). FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUNAAN TEKNOLOGI KEWANGAN SEMASA PANDEMIK COVID-19. International Journal of Accounting, Finance and Business, 9(55). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/835