PERANAN PENGANTARAAN KEADILAN INTERAKSIONAL DALAM HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI SOKONGAN ORGANISASI DAN PERTUKARAN PEMIMPIN-PENGIKUT KEATAS KEPUASAN KERJA SUKARELAWAN DALAM ORGANISASI BUKAN KEUNTUNGAN DI MALAYSIA

Authors

  • Abdull Suki Hamat
  • Razli Che Razak

Abstract

Kesan kekurangan motivasi sukarelawan menyebabkan komuniti organisasi bukan keuntungan (NPO) di Malaysia terpaksa berdepan dengan masalah kelunturan semangat pekerja, kadar pusingganti yang tinggi, dan seterusnya kekurangan sokongan serta penyertaan sukarelawan. Justeru, penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara persekitaran kerja (faktor organisasi) iaitu persepsi sokongan organisasi (POS) dan pertukaran pemimpin-pengikut (LMX) mempengaruhi kepuasan kerja sukarelawan dalam komuniti NPO di Malaysia. Menggunakan teori pertukaran sosial (SET), penyelidikan ini mengkaji kesan POS dan LMX terhadap kepuasan kerja sukarelawan (JS) dengan keadilan interaksi (IJ) sebagai pengantara. Pendekatan kuantitatif dan teknik tinjauan keratan rentas digunakan untuk mengumpul data daripada lima komuniti NPO di Malaysia. Seramai 127 sukarelawan di Malaysia yang mengambil bahagian dalam penyelidikan ini telah dikumpul dan dianalisis dengan SmartPLS 3.2.8 untuk menguji hipotesis. Hasil penyelidikan menunjukkan pembolehubah tidak bersandar (POS dan LMX) mempunyai kesan yang signifikan terhadap pembolehubah bersandar (kepuasan kerja sukarelawan) dalam komuniti NPO di Malaysia. Pada masa yang sama, keadilan interaksi mempengaruhi pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar. Penemuan ini mengesahkan penyelidikan lepas serta menyumbang pengetahuan baharu tentang kesan hubungan persekitaran kerja terhadap tingkah laku sukarelawan, khususnya berkaitan pengaruh keadilan interaksi dalam hubungan antara POS dan LMX terhadap kepuasan kerja sukarelawan dalam komuniti NPO di Malaysia. Justeru,penemuan penyelidikan ini akan membantu pengurusan komuniti NPO untuk merancang strategi pengekalan sukarelawan mereka bagi menjamin kelestarian komuniti NPO di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-30

How to Cite

Abdull Suki Hamat, & Razli Che Razak. (2024). PERANAN PENGANTARAAN KEADILAN INTERAKSIONAL DALAM HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI SOKONGAN ORGANISASI DAN PERTUKARAN PEMIMPIN-PENGIKUT KEATAS KEPUASAN KERJA SUKARELAWAN DALAM ORGANISASI BUKAN KEUNTUNGAN DI MALAYSIA. International Journal of Accounting, Finance and Business, 9(55). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/830