SIKAP KEUSAHAWANAN DALAMAN, KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DAN KESEDIAAN PENERAPAN ELEMEN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH

Authors

  • Zabidi Abdul Wahab
  • Siti Zuraidah Md Osman
  • Noor Hazlina Ahmad

Abstract

Kajian ini adalah untuk menilai sikap keusahawanan dalaman, kompetensi keusahawanan, dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG). Reka bentuk kajian adalah tinjauan deskriptif dengan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert 5 mata yang ditadbir kepada 176 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih bidang Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) (74 responden) dan bukan bidang RBT (102 responden) dari dua buah IPG. Data yang dikumpul daripada responden telah dianalisis secara diskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS Versi 26.0. Dapatan deskriptif menunjukkan sikap keusahawanan dalaman, kompetensi keusahawanan, dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan berada pada skor min yang tinggi. Dapatan inferensi bagi perbezaan antara guru pelatih RBT dengan guru pelatih selain bidang RBT pada nilai signifikan p < 0.05 pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga konstruk. Implikasi kajian ini, walaupun tahap skor min semua konstruk adalah tinggi, perlu dikenal pasti mengapakah masih wujud masalah guru yang tidak memiliki sikap, kompetensi dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan di lapangan. Analisis dan kajian lanjutan dicadangkan untuk menilai hubungan antara sikap dan kompetensi keusahawanan dengan kesediaan penerapan elemen keusahawanan. Selain itu faktor-faktor selain sikap dan kompetensi keusahawanan boleh dikenal pasti hubungannya dengan kesediaan penerapan elemen keusahawanan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

Zabidi Abdul Wahab, Siti Zuraidah Md Osman, & Noor Hazlina Ahmad. (2024). SIKAP KEUSAHAWANAN DALAMAN, KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DAN KESEDIAAN PENERAPAN ELEMEN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN GURU PELATIH. International Journal of Accounting, Finance and Business, 9(53). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/800