GAYA KEPIMPINAN USAHAWAN MUSLIM BERKESAN DALAM KALANGAN USAHAWAN PKS

Authors

  • Muhammad Talhah Ajmain
  • Norly Marlia Kamaruddin
  • Nur Nadiah Abdul Manap
  • Muhammad Fitri Ab Kadir
  • Mohammad Dzarul Hafiz Dol Malek

Abstract

Bidang keusahawanan berperanan dalam sesebuah negara. Kehadiran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berjaya akan membantu dalam meningkatkan ekonomi dan dapat menambah peluang pekerjaan yang sedia ada. Usahawan muslim perlu mengimbangi antara keperluan kebendaan dan keperluan rohani berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka gaya kepimpinan yang diamalkan oleh usahawan muslim dalam PKS di Johor. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu kajian perpustakaan dalam meneliti komponen serta elemen mengenai gaya kepimpinan serta bagaimana gaya kepimpinan memberi impak terhadap keberkesanan dan keberjayaan usahawan muslim PKS. Dapatan kajian mendapati terdapat 2 pandangan iaitu pandangan barat dimana terdapat 2 teori yang sering digunakan dalam kepimpinan barat iaitu transformasi dan transaksi. Manakala pandangan Islam dimana komponen kepimpinan itu terletak pada (1)niat, (2)kejujuran, (3)keadilan, (4)proaktif, (5)tanggungjawab dan (6)mempunyai kemahiran, (7)Bijak membuat keputusan dan (8)patuh syariah. Diharapkan kajian ini memberikan sumbangan kepada pemahaman teori kepimpinan Islam dan memberikan panduan praktikal bagi usahawan Muslim dalam meningkatkan keberkesanan organisasi dan pencapaian matlamat berlandaskan nilai-nilai Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

Muhammad Talhah Ajmain, Norly Marlia Kamaruddin, Nur Nadiah Abdul Manap, Muhammad Fitri Ab Kadir, & Mohammad Dzarul Hafiz Dol Malek. (2024). GAYA KEPIMPINAN USAHAWAN MUSLIM BERKESAN DALAM KALANGAN USAHAWAN PKS. International Journal of Accounting, Finance and Business, 9(53). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/794