PROFILE PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DI BAWAH AGENSI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) DI DAERAH SIK, KEDAH

Authors

  • Ainal Akmar Hj Ahmad
  • Syahrina Abdullah
  • Mohamad Khadafi Hj Rofie
  • Ahmad Fuad Mat Hassan
  • Zeety Kartini Abdul Hamid

Abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dianggap sebagai kategori perniagaan yang sangat penting di seluruh dunia. Menurut SME Corporation Malaysia, 98.5 peratus daripada jumlah perniagaan di Malaysia terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Namun begitu terdapat isu yang melibatkan data dan maklumat usahawan tidak dikemaskini yang menjadi kepada masalah dalam memperolehi maklumat perniagaan usahawan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti direktori dan profil usahawan yang menjalankan perniagaan di bawah penyeliaan agensi keusahawanan di Daerah Sik, Kedah. Kajian ini tertumpu kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), di Daerah Sik, Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual secara bersemuka pegawai agensi yang bertindak menyelia aktiviti keusahawanan di Daerah Sik, Kedah. Seterusnya, penyelidik menganalisis data dan maklumat berkenaan usahawan yang diperolehi melalui AIM. Hasil kajian mendapati terdapat 20 orang usahawan mikro, kecil dan sederhana berdaftar di bawah AIM di Daerah Sik yang berpotensi untuk dikembangkan. Justeru, adalah wajar membangunkan PKS yang berpotensi demi kestabilan ekonomi di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-03-31

How to Cite

Ainal Akmar Hj Ahmad, Syahrina Abdullah, Mohamad Khadafi Hj Rofie, Ahmad Fuad Mat Hassan, & Zeety Kartini Abdul Hamid. (2024). PROFILE PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) DI BAWAH AGENSI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) DI DAERAH SIK, KEDAH. International Journal of Accounting, Finance and Business, 9(53). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/775