KONSEP ETIKA BAGI PERNIAGAAN DIGITAL KEPADA USAHAWAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA (PMKS)
Abstract
Bidang keusahawanan kini telah berubah dan berkembang pesat sejajar dengan perkembangan teknologi digital. Oleh itu, setiap usahawan perlu mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan mereka. Perniagaan digital di Malaysia mula mendapat perhatian sekitar awal tahun 2000. Namun kini, majoriti usahawan di Malaysia telah mengaplikasikan konsep perniagaan digital dalam organisasi termasuk usahawan kecil dan sederhana (PKS). Kertas kerja ini akan membincangkan konsep etika perniagaan digital yang perlu dipatuhi serta menerangkan kepentingan perniagaan digital kepada usahawan. Metod bagi kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah penelitian dokumentasi (content analysis) dalam menganalisis konsep etika serta kepentingan perniagaan digital kepada usahawan dan masyarakat. Kini, konsep etika dalam perniagaan digital memainkan peranan besar dalam memberi impak positif kepada sesebuah perniagaan. Justeru, usahawan harus meningkatkan keupayaan perniagaan digital demi ‘survival’ dan ‘sustainability’ perniagaan pada masa depan selaras dengan konsep etika untuk kesejahteraan masyarakat.