ISU DAN PERMASALAHAN USAHAWAN MIKRO DALAM MELAKSANAKAN KREATIVITI DAN INOVASI PERNIAGAAN

Authors

  • Ahmad Fuad Mat Hassan
  • Syahrina Abdullah
  • Mohamad Khadafi Hj Rofie

Abstract

Usahawan kecil dan mikro sering berhadapan dengan isu dan masalah ketika menguruskan perniagaan. Ketika menguruskan perniagaan, aspek kreativiti dan inovasi merupakan kaedah untuk memastikan perniagaan lebih berdaya saing. Kreativiti dan inovasi merupakan strategi yang penting dan menjadi pemangkin kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Namun begitu, usahawan mikro sering berhadapan dengan isu dan permasalahan ketika melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam perniagaan. Kertas kerja ini akan membincangkan isu dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan mikro yang menjalankan penternakan madu kelulut dalam melaksanakan kreativiti dan inovasi. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif telah dijalankan melalui temubual secara atas talian terhadap sepuluh (10) usahawan kecil di Daerah Sik, Kedah. Seterusnya penyelidik juga telah memperolehi maklumat yang lebih mendalam berkaitan masalah usahawan melalui temubual bersemuka. Hasil dapatan mendapati usahawan madu kelulut mengakui tidak dapat melaksanakan kreativiti dan inovasi secara berkesan kerana menghadapi kekangan dan masalah perniagaan. Masalah tersebut dikategorikan kepada lima klasifikasi utama iaitu masalah pemasaran, masalah pengurusan, masalah pengeluaran, masalah produk dan masalah kewangan. Justeru, usahawan madu kelulut di Daerah Sik disarankan untuk melaksanakan strategi kreativiti dan inovasi secara berperingkat supaya dapat melestarikan perniagaan madu kelulut pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-11-30

How to Cite

Ahmad Fuad Mat Hassan, Syahrina Abdullah, & Mohamad Khadafi Hj Rofie. (2023). ISU DAN PERMASALAHAN USAHAWAN MIKRO DALAM MELAKSANAKAN KREATIVITI DAN INOVASI PERNIAGAAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 8(51). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/762