DASAR KESEJAHTERAAN KELUARGA DALAM GOVERNAN MASYARAKAT MAJMUK SARAWAK DARI PERSPEKTIF SIASAH SYAR’IYYAH

Authors

  • Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad
  • Prof. Madya Dr. Hadenan Towpek
  • Dr. Mohd. Akmal Sidik

Abstract

Siasah syar’iyyah merupakan elemen penting bagi memastikan kesejahteraan keluarga dapat dibentuk serta dinikmati semua lapisan masyarakat. Kesejahteraan merupakan hasil daripada usaha-usaha atau inisiatif yang diambil oleh individu dan kerajaan yang memerintah berteraskan syariah. Kesejahteraan yang dibina tanpa menerapkan nilai-nilai siasah syar’iyyah iaitu kepatuhan kepada hukum Allah SWT adalah bersifat sementara dan untuk tujuan kehidupan di dunia sahaja. Tujuan kesejahteraan sebenar adalah untuk kebahagian di dunia dan di akhirat. Setiap daripada lapisan masyarakat ini sentiasa mendambakan satu kehidupan yang sempurna, bahagia dan sejahtera. Dalam konteks kesejahteraan keluarga, setiap individu, masyarakat dan pemerintah berperanan untuk merealisasikannya. Peranan individu dalam keluarga ialah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan berkesan. Manakala pemerintah pula berperanan dalam penggubalan serta melaksanakan dasar-dasar yang menjurus ke arah untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni, aman, sentosa dan sejahtera lebih-lebih lagi kesejahteraan keluarga yang menjadi entiti yang membentuk masyarakat. Oleh itu, objektif artikel ini adalah untuk menganalisis dasar-dasar kesejahteraan keluarga yang telah dilaksanakan oleh governan bermasyarakat majmuk di Sarawak yang berdasarkan perspektif siasah syar’iyyah. Kajian kualitatif ini akan mengupas kajian menggunakan metod analisis kandungan, induktif, deduktif serta komparatif. Dasar-dasar kesejahteraan keluarga ini telah dikaji dalam lingkungan dua era kepimpinan Ketua Menteri Sarawak iaitu era pentadbiran Abdul Taib Mahmud dan Adenan Satem. Seterusnya era Premier Sarawak iaitu Abang Abdul Rahman Zohari Tun Haji Openg. Kajian mendapati sebanyak sebelas dasar utama kerajaan Sarawak bagi memastikan kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh keluarga. Sebelas dasar utama tersebut ialah pembentukan institusi keluarga, pembangunan potensi insan, dasar perumahan, keharmonian masyarakat, keselamatan awam, pembangunan ekonomi, tanggungjawab sosial, pewujudan ruang dan prasarana sosial, kelestarian alam sekitar, tadbir urus yang baik dan perlindungan sosial serta kesihatan awam. Justeru itu, artikel ini membincangkan sebelas dasar kesejahteraan keluarga yang telah dilaksanakan sepanjang kepimpinan tiga sosok pemerintah Sarawak ini dari perspektif siasah syar’iyyah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad, Prof. Madya Dr. Hadenan Towpek, & Dr. Mohd. Akmal Sidik. (2023). DASAR KESEJAHTERAAN KELUARGA DALAM GOVERNAN MASYARAKAT MAJMUK SARAWAK DARI PERSPEKTIF SIASAH SYAR’IYYAH. International Journal of Accounting, Finance and Business, 8(50). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/741