TAHAP KESEDARAN DAN DAYA TAHAN KOMUNITI DI KLANG, SELANGOR DALAM MENGHADAPI BENCANA

Authors

  • Zurifahida Binti Zulkifli
  • Azmi bin Aziz
  • Ishak Bin Haji Abd Rahman
  • Abdullah Sanusi Othman

Abstract

Bencana alam merupakan satu malapetaka yang berlaku secara tiba-tiba dan mengakibatkan kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa, ekonomi terjejas, infrastruktur rosak dan memerlukan masa untuk dipulihkan semula. Statistik menunjukkan bencana paling kerap berlaku di Malaysia adalah banjir yang membawa risiko kemusnahan yang tinggi kepada penduduk. Banjir di Malaysia kerap berlaku di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang terutama pada musim tengkujuh iaitu bulan November hingga Mac. Namun demikian, ekoran perubahan iklim dan pembangunan yang pesat, bencana banjir kini turut melanda negeri-negeri lain di Malaysia seperti Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor. Berdasarkan kajian Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) pada tahun 2019, daerah Klang antara bandar yang diramal akan tenggelam menjelang 2050 akibat daripada peningkatan paras air laut dan perubahan iklim. Kajian telah dilaksanakan secara kualitatif dengan melibatkan enam (6) orang responden yang menetap di Klang, Selangor untuk menilai tahap kesedaran penduduk di Klang, Selangor terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana yang semakin kerap berlaku dan mengenal pasti daya tahan komuniti sebelum berlakunya bencana yang lebih buruk. Kajian mendapati bahawa penduduk di Klang, Selangor mempunyai kesedaran akan risiko bencana yang mereka hadapi namun demikian, tahap ketahanan mereka masih lagi rendah menunjukkan mereka masih belum bersedia untuk berhadapan dengan bencana yang lebih besar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2023-09-30

How to Cite

Zurifahida Binti Zulkifli, Azmi bin Aziz, Ishak Bin Haji Abd Rahman, & Abdullah Sanusi Othman. (2023). TAHAP KESEDARAN DAN DAYA TAHAN KOMUNITI DI KLANG, SELANGOR DALAM MENGHADAPI BENCANA. International Journal of Accounting, Finance and Business, 8(50). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/733