KEBERKESANAN PENGURUSAN PENTADBIRAN PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR PETALING JAYA

Authors

  • Mohd Fauzi Maarop
  • Kamisah Supian
  • Noor Ayuernie Ibrahim
  • Aznita Ahmad

Abstract

Keberkesanan pengurusan pentadbiran pembangunan Bandar Pintar adalah sangat penting bagi menentukan kejayaan ke arah inisiatif menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar yang mampan pada tahun 2030. Kajian ini menghujahkan terdapat rangkaian elemen yang mempengaruhi tahap keberkesanan strategi pengurusan pentadbiran pembangunan Bandar Pintar Petaling Jaya oleh MBPJ. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan pentadbiran pembangunan Bandar Pintar Petaling Jaya. Kajian ini juga bertujuan mengkaji rangkaian elemen yang mempengaruhi tahap keberkesanan strategi pengurusan pentadbiran pembangunan Bandar Pintar Petaling Jaya .Kajian ini dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah kajiselidik kepada 103 responden yang terdiri daripada pegawai darikumpulan gred 41 ke atas dan pegawai kumpulan pelaksana dari gred KP 29 sehingga gred KP 38 yang dipilih. Kajian ini mendapati bahawa tahap keberkesanan pengurusan pentadbiran pembangunan Bandar Pintar Petaling Jaya yang dilakukan oleh MBPJ berada pada tahap yang tinggi, iaitu pada kadar purata 4.618. Ini menunjukkan bahawa MBPJ telah berjaya melaksanakan strategi pengurusan pentadbiran pembangunan Bandar Pintar Petaling Jaya secara terancang, sistematik, dan efektif. Selanjutnya, tahap keberkesanan strategi pengurusan pembangunan Bandar Pintar Petaling Jaya ini dipengaruhi oleh tadbir urus, sistem kawalan pengurusan, dan penguatkuasaan pintar. Tadbir urus merupakan elemen paling dominan dalam mempengaruhi keberkesanan pengurusan pentadbiran pembangunan Bandar Pintar Petaling Jaya. Dapatan kajian ini membina sokongan untuk Teori Fokus Pencegahan tentang strategi pengurusan dari segi sistem kawalan pengurusan yang efisyen, tadbir urus yang cekap, dan penguatkuasaan pintar didapati berkesan untuk mengurus pembangunan Bandar Pintar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Mohd Fauzi Maarop, Kamisah Supian, Noor Ayuernie Ibrahim, & Aznita Ahmad. (2022). KEBERKESANAN PENGURUSAN PENTADBIRAN PEMBANGUNAN BANDAR PINTAR PETALING JAYA. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/583