TAHAP KOMUNIKASI ORGANISASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERSEPSI SOKONGAN ORGANISASI: KAJIAN TERHADAP PKS SEKTOR PERKHIDMATAN

Authors

  • Marzura Ibrahim
  • Zuwairi Mat Saad
  • Hafizah Zainal

Abstract

Komunikasi merupakan satu proses penyaluran maklumat melalui pelbagai peringkat dalam organisasi dan sokongan organisasi mampu meningkatkan persepsi positif, prestasi, dan komitmen kerja dalam kalangan pekerja. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti hubungan di antara komunikasi organisasi dengan persepsi sokongan organisasi dalam kalangan pekerja Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) sektor perkhidmatan di Utara Semenanjung Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan. Soal Selidik digunakan bagi mengumpul data dan maklumat yang diperlukan. Kajian ini melibatkan seramai 418 orang pekerja PKS sektor perkhidmatan di Utara Semenanjung Malaysia. Data di analisis menggunakan SPSS versi 28.0 dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap aliran komunikasi organisasi secara keseluruhan adalah tinggi iaitu komunikasi mendatar mencatat nilai yang paling tinggi diikuti komunikasi ke atas dan ke bawah pada tahap sederhana. Manakala tahap sokongan organisasi PKS sektor perkhidmatan terhadap pekerja adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan dan positif di antara aliran komunikasi organisasi dan persepsi sokongan organisasi pekerja. Kajian ini diharap dapat membantu pihak pengurusan PKS khususnya sektor perkhidmatan supaya terus meningkatkan kecekapan dalam pengurusan penyaluran maklumat terutamanya dalam aspek komunikasi ke bawah dan ke atas dalam organisasi. Komunikasi menegak ke atas dan ke bawah adalah penting bagi membantu memudahkan para pekerja melaksanakan kerja dengan lebih cekap dan efisien serta membolehkan organisasi dapat terus mengekalkan kelebihan daya saing dalam memenuhi cabaran-cabaran dalam persekitaran perniagaan global yang kompetitif. Kajian ini memberikan implikasi penting dalam aspek pengurusan komunikasi dan sokongan organisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Marzura Ibrahim, Zuwairi Mat Saad, & Hafizah Zainal. (2022). TAHAP KOMUNIKASI ORGANISASI DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERSEPSI SOKONGAN ORGANISASI: KAJIAN TERHADAP PKS SEKTOR PERKHIDMATAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/575