PROGRAM TRANSFORMASI OKU MELALUI EDU-TOURISM: ISU DAN CABARAN BAGI MENINGKATKAN KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN BELIA OKU

Authors

  • Armanurah Mohamad Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia
  • Syahrina Abdullah Kolej Sastera & Sains (CAS), Universiti Utara Malaysia
  • Lily Julienti Abu Bakar Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

Abstract

Program Transformasi OKU melalui Edu-Tourism merupakan satu program kerjasama antara UUM, Yayasan EMKAY dan Yayasan Pulau Banding. Program ini melibatkan pemindahan ilmu daripada akademia UUM kepada rakan industri dan kemudian pihak industri akan memindahkan ilmu tersebut kepada peserta bagi meningkatkan kemahiran diri, membuka peluang pekerjaan serta membantu menghadapi dunia pekerjaan sebenar kepada belia OKU di Malaysia. Seramai 10 orang peserta OKU telah menyertai program ’pioneer’ ini di mana mereka telah mengikuti 12 modul yang merangkumi modul motivasi, keusahawanan, pelancongan, pelancongan-eco, pemasaran, kemahiran interpretasi, komunikasi dan perkomputeran. Program Transformasi OKU melalui Edu-Tourism merupakan program berimpak tinggi kerana objektif utamanya ialah untuk memperkasakan golongan OKU di Malaysia dan seterusnya mampu melahirkan generasi OKU yang produktif dan berdaya saing. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi dalam membangunkan kompetensi keusahawanan belia OKU. Selain dari itu, kertas kerja ini juga ingin meninjau tahap kompetensi diri peserta OKU. Hasil kajian mendapati skor min keseluruhan kompetensi keusahawanan dalam kalangan peserta OKU telah meningkat daripada tahap sederhana rendah (skor min 2.10) kepada tahap sederhana tinggi (skor min 3.20) selepas mereka mengikuti Program Transformasi OKU melalui Edu-Tourism. Justeru, diharap program seperti ini dapat memberi kesedaran dan motivasi diri kepada golongan OKU untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-03-31

How to Cite

Armanurah Mohamad, Syahrina Abdullah, & Lily Julienti Abu Bakar. (2018). PROGRAM TRANSFORMASI OKU MELALUI EDU-TOURISM: ISU DAN CABARAN BAGI MENINGKATKAN KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN BELIA OKU. International Journal of Accounting, Finance and Business, 3(7). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/57