HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI LEMBAGA PENGARAH DAN PENDEDAHAN NILAI KEWANGAN FILANTROPI KORPORAT

Authors

  • Mohd Farid Asraf Md Hashim
  • Zakiyah Sharif

Abstract

Kajian terdahulu memberikan gambaran bahawa tiadanya hubungan yang konklusif antara ahli lembaga pengarah dan pelaporan kelestarian. Di samping itu, penyelidikan yang meneliti peranan ahli lembaga pengarah dan pelaporan filantropi korporat adalah terbatas dan perlu diberikan perhatian. Kajian ini memberi fokus bagaimana ciri-ciri lembaga pengarah mempengaruhi pelaporan nilai kewangan filantropi korporat. Syarikat-syarikat senaraian Bursa Malaysia pada tahun 2019 digunakan sebagai sampel kajian. Bagi mencapai objektif kajian, analisis deskriptif serta regresi logistik diaplikasikan. Dapatan kajian mendapati bahawa sebahagian besar daripada syarikat-syarikat tersenarai Bursa Malaysia tidak melaporkan nilai kewangan sumbangan yang dilakukan. Hanya 30.9% daripada syarikat yang dikaji mendedahkan nilai kewangan aktiviti-aktiviti filantropi korporat. Pembolehubah saiz lembaga pengarah dan pengarah berpengaruh dalam komuniti mempengaruhi secara signifikan pendedahan nilai kewangan filantropi korporat. Kajian ini memperluaskan literatur filantropi korporat dengan meneroka hubungan antara lembaga pengarah dan pelaporan nilai kewangan filantropi korporat. Bukti-bukti empirikal dari kajian ini juga diyakini memberi input kepada pihak swasta, badan berkuasa serta pihak-pihak lain yang berkaitan. Kajian ini turut berpotensi untuk menjadi batu loncatan bagi penyelidikan seterusnya yang memfokuskan pendedahan filantropi korporat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Mohd Farid Asraf Md Hashim, & Zakiyah Sharif. (2022). HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI LEMBAGA PENGARAH DAN PENDEDAHAN NILAI KEWANGAN FILANTROPI KORPORAT. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/564