KESEDIAAN PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH LUAR BANDAR DALAM MENCEBURI PERNIAGAAN DALAM TALIAN SELEPAS TAMAT PERSEKOLAHAN

Authors

  • Nadratun Nafisah Abdul Wahab
  • Zulaika Dawod

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan hubungan faktor kemahiran, risiko dan kepercayaan dengan kesediaan pelajar perempuan luar bandar (SMK Dato’ Sulaiman dan SMK Penghulu Saat, Parit Sulong, Johor) dalam menjalankan perniagaan dalam talian selepas tamat persekolahan serta perbezaan kesediaan menjalankan perniagaan mengikut sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan 118 orang responden berusia 17 tahun. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, kolerasi Pearson dan Ujian T bebas berbantukan perisian SPSS versi 26. Dapatan analisis kolerasi Person menunjukkan faktor kemahiran, kepercayaan dan risiko mempunyai hubungan positif dengan kesediaan pelajar perempuan menjalankan perniagaan dalam talian. Hubungan faktor kemahiran dengan kesediaan adalah kuat, manakala hubungan kepercayaan dan risiko dengan kesediaan adalah lemah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan dalam kesediaan menjalankan perniagaan dalam talian pelajar perempuan berdasarkan sekolah. Kesimpulannya, faktor kemahiran memainkan peranan yang penting dalam mendorong kesediaan pelajar perempuan untuk menjalankan perniagaan dalam talian berbanding kepercayaan mahupun risiko.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Nadratun Nafisah Abdul Wahab, & Zulaika Dawod. (2022). KESEDIAAN PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH LUAR BANDAR DALAM MENCEBURI PERNIAGAAN DALAM TALIAN SELEPAS TAMAT PERSEKOLAHAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/563