MODEL KEUSAHAWANAN SOSIAL DALAM KALANGAN INSTITUSI TAHFIZ

Authors

  • Siti Mahirah Azmi
  • Nor Aishah Buang
  • Sheerad Sahid

Abstract

Tujuan utama kaijian ini adalah untuk meneroka sama ada wujud model keusahawanan sosial dalam kalangan Institusi Tahfiz di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk pendekatan kualitatif berdasarkan kajian kes terhadap 4 orang responden yang telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang dijalankan sesi temu bual secara dalam talian. Protokol kajian yang digunakan telah dibentuk dan soalan tersebut adalah hasil daripada objektif kajian yang ditetapkan. Responden telah ditemu bual secara dalam talian dan semua data yang diperoleh telah ditranskrip untuk analisis data. Hasil kajian mendapati bahawa pihak pentadbir Institusi Tahfiz yang menjalankan perniagaan keusahawanan sosial sudah melebihi lima tahun di Institusi Tahfiz masing-masing. Kegiatan keusahawanan sosial yang dijalankan seawal penubuhan Institusi Tahfiz sehingga sekarang. Dapatan tersebut menunjukkan responden kajian mempunyai kemahiran yang tinggi dalam ilmu keusahawanan yang dijalankan melalui aktiviti keusahawanan yang melibatkan produk dan perkhidmatan. Matlamat akhir yang diperolehi daripada keempat-empat responden kajian adalah berkaitan dengan matlamat mereka hanya untuk mendapat keredhaan daripada Allah semata-mata. Dalam kajian ini, kerangka konseptual diadaptasi dan diubahsuai daripada Model Social Enterprise dan Model of Islamic Entrepreneur and Business. Pemilihan model tersebut berdasarkan model-model keusahawanan sebagai asas kerana ianya dibina untuk menganalisis sama ada pelaksanaan keusahawanan sosial dan keusahawanan Islam dijalankan atau tidak di Institusi Tahfiz. Menerusi aktivit keusahawanan sosial yang dijalankan oleh kerajaan dapat meningkatkan lagi minat serta sikap seseorang untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan sosial terutama sekali kepada pelajar tahfiz yang dapat memberi manfaat kepada mereka di masa hadapan. Pelbagai usaha dan program yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam membangunkan lagi bidang keusahawanan sosial ini. Sebagai contoh menjadikan bidang keusahawanan sosial ini sebagai satu kerjaya kepada ushawan muda yang melibatkan diri dalam keusahawanan sosial

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Siti Mahirah Azmi, Nor Aishah Buang, & Sheerad Sahid. (2022). MODEL KEUSAHAWANAN SOSIAL DALAM KALANGAN INSTITUSI TAHFIZ. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/562