ALIRAN KOMUNIKASI ORGANISASI DAN PRESTASI TUGAS: KAJIAN TERHADAP PKS SEKTOR PERKHIDMATAN

Authors

  • Marzura Ibrahim
  • Hafizah Zainal

Abstract

Aliran komunikasi merupakan satu proses penyaluran maklumat melalui pelbagai peringkat dalam organisasi seperti jabatan atau unit dalam sesebuah organisasi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara aliran komunikasi dalam organisasi dengan prestasi kerja khususnya prestasi tugas dalam kalangan pekerja Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) sektor perkhidmatan di Utara Semenanjung Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Soal Selidik digunakan bagi mengumpula data dan maklumat yang diperlukan. Kajian ini melibatkan seramai 418 orang pekerja PKS sektor perkhidmatan di Utara Semenanjung Malaysia. Data di analisis menggunakan SPSS versi 22.0 dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aliran komunikasi dalam organisasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja khususnya dalam aspek prestasi tugas. Walaubagaimanapun, hanya aliran komunikasi ke atas dan mendatar mempunyai hubungan yang signifikan dengan aspek pencapaian prestasi tugas pekerja. Manakala aliran komunikasi ke bawah tidak mempunyai hubungan signifikan dengan aspek pencapaian prestasi tugas pekerja dalam PKS sektor perkhidmatan. Kajian ini diharap dapat membantu pihak pengurusan PKS khususnya sektor perkhidmatan dalam meningkatkan kecekapan dalam penyaluran maklumat dalam organisasi supaya dapat membantu para pekerja PKS sektor perkhidmatan khususnya untuk melaksanakan kerja dengan lebih cekap dan berkesan agar organisasi dapat terus mengekalkan kelebihan daya saing dalam memenuhi cabaran-cabaran dalam persekitaran perniagaan global yang kompetitif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-12-31

How to Cite

Marzura Ibrahim, & Hafizah Zainal. (2022). ALIRAN KOMUNIKASI ORGANISASI DAN PRESTASI TUGAS: KAJIAN TERHADAP PKS SEKTOR PERKHIDMATAN. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(45). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/560