AMALAN DAN KELANGSUNGAN INTEGRASI SAWIT DALAM KALANGAN PEKEBUN KECIL SAWIT DI SABAH

Authors

  • Zaimah, R. Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (SEEDS), Fakulti Sains Sosial da
  • Sarmila, M.S. Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (SEEDS), Fakulti Sains Sosial da
  • Novel Lyndon Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (SEEDS), Fakulti Sains Sosial da
  • Mohd Yusof Hussain Pusat Penyelidikan Kelestarian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan (SEEDS), Fakulti Sains Sosial da

Abstract

Kerajaan Malaysia menggalakkan pekebun kebun kecil sawit melaksanakan integrasi sawit bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka. Integrasi sawit merupakan satu kaedah pertanian bersepadu yang menggabungkan tanaman lain dengan kelapa sawit atau memelihara ternakan dalam kawasan ladang atau kebun sawit. Terdapat dua jenis integrasi sawit, iaitu integrasi tanaman dan integrasi ternakan. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa integrasi sawit dapat memberikan pendapatan sampingan kepada pekebun sementara menunggu pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil. Malahan, integrasi sawit juga mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit. Justeru, objektif pertama kajian ialah mengkaji amalan integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit. Objektif kedua ialah mengkaji sejauh mana amalan integrasi sawit terus dilaksanakan oleh pekebun setelah pokok sawit mengeluarkan hasil. Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah survey diaplikasikan dalam kajian ini. Kajian dilakukan di Sabah dan sampel kajian adalah pekebun kecil sawit yang mengusahakan integrasi sawit, sama ada integrasi tanaman atau ternakan ataupun kedua-duanya. Instrumen pengutipan data kajian adalah menggunakan soal selidik. Seramai 130 pekebun kecil sawit terlibat dalam kajian ini. Secara umum, hasil kajian menunjukkan terdapat tiga pola amalan integrasi sawit, iaitu integrasi sawit yang dilaksanakan sendiri, berkongsi dan dilaksanakan oleh pihak lain. Rata-rata pekebun kecil sawit bersetuju bahawa integrasi sawit mampu meningkatkan pendapatan mereka. Malahan sebahagian besar pekebun kecil sawit juga berhasrat untuk meneruskan amalan integrasi sawit pada masa hadapan. Hal ini menunjukkan bahawa pekebun kecil sawit sedar akan kepentingan dan keperluan amalan integrasi sawit dalam meningkatkan pendapatan mereka. Hakikatnya, integrasi sawit dalam kalangan pekebun kecil sawit perlu dilaksanakan dan diteruskan oleh semua pekebun kecil sawit.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-03-31

How to Cite

Zaimah, R., Sarmila, M.S., Novel Lyndon, & Mohd Yusof Hussain. (2018). AMALAN DAN KELANGSUNGAN INTEGRASI SAWIT DALAM KALANGAN PEKEBUN KECIL SAWIT DI SABAH. International Journal of Accounting, Finance and Business, 3(7). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/56