MODEL KESEJAHTERAAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PEKERJA MUDA DI MALAYSIA

Authors

  • Nurshawati Che’mat
  • Nurul Labanihuda Abdull Rahman
  • Hasyeilla Abd Mutalib

Abstract

Pada masa ini, tahap kewangan pekerja muda di Malaysia berada di tahap yang rendah. Tekanan kewangan akibat pengurusan kewangan yang salah telah memberi kesan kepada kesejahteraan kewangan individu dan keluarga. Kajian yang lepas hanya memberi fokus sebelum pandemik. Walau bagaimanapun, kajian tahap kewangan pekerja semasa wabak COVID-19 dan tempoh peralihan fasa endemik kurang dikaji. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesejahteraan kewangan di kalangan pekerja muda di Malaysia. Antara faktor yang dikaji adalah celik kewangan, masalah kewangan, keupayaan kewangan, persekitaran kerja. Peserta dalam kajian ini adalah pekerja muda dari syarikat swasta di Zon Utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak. Kajian ini menggunakan analisis Pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa untuk menganalisis data. Penemuan dari kajian ini penting kepada pihak majikan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai keadaan kewangan semasa pekerja mereka. Selain itu, kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak kerajaan dan pihak institusi kewangan mengenai tahap pengetahuan pengurusan kewangan di kalangan pekerja muda semasa fasa endemik di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-10-31

How to Cite

Nurshawati Che’mat, Nurul Labanihuda Abdull Rahman, & Hasyeilla Abd Mutalib. (2022). MODEL KESEJAHTERAAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PEKERJA MUDA DI MALAYSIA. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(44). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/539