PENGARUH DIMENSI BUDAYA ORGANISASI DAN ORIENTASI KEUSAHAWANAN TERHADAP PRESTASI PERUSAHAAN HERBA DI INDONESIA

Authors

  • Prayudi Harianto
  • Zuraidah Zainol

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan pengaruh dimensi budaya organisasi (klan, adhokratik, hierarki, pasaran) ke atas orientasi keusahawanan dan pengaruh dimensi budaya organisasi (klan, adhokratik, hierarki, pasaran) dan orientasi keusahawanan ke atas prestasi perusahaan herba di Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah deduktif. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang usahawan herba yang berdaftar pada Asosiasi Pengusaha Herbal Indonesia (APHI) yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tujuh daripada 13 hipotesis yang diuji adalah disokong. Secara spesifiknya, budaya adhokratik dan pasaran merupakan faktor budaya yang signifikan mempengaruhi orientasi keusahawanan secara positif. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa budaya klan dan orientasi keusahawanan mempengaruhi prestasi organisasi secara signifikan dan positif, manakala budaya pasaran mempengaruhi prestasi organisasi secara signifikan dan negatif. Kesimpulannya, prestasi perusahaan boleh ditingkatkan melalui budaya klan dan orientasi keusahawanan, manakala orientasi keusahawanan berupaya ditingkatkan melalui budaya adhokratik dan pasaran. Implikasinya, bagi meningkatkan prestasi perusahaan herba, budaya organisasi, terutamanya budaya klan dan orientasi keusahawanan perlu diamalkan secara intensif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-09-30

How to Cite

Prayudi Harianto, & Zuraidah Zainol. (2022). PENGARUH DIMENSI BUDAYA ORGANISASI DAN ORIENTASI KEUSAHAWANAN TERHADAP PRESTASI PERUSAHAAN HERBA DI INDONESIA. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(43). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/522