Hubungan antara kesejahteraan pekerja dan pengembangan kerjaya terhadap pengekalan staf akademik: Satu analisis awal

Authors

  • Ahmad Amri Zainal Adnan Faculty of Management & Economy, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Ahmad Zainal Abidin Abd Razak Faculty of Management & Economy, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Bahijah Abas Faculty of Management & Economy, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohd Ridwan Abd Razak Faculty of Management & Economy, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Keywords:

Employee Retention, Career Development, Employee Well-Being, Academic Staff, Public University

Abstract

Pengekalan staf akademik yang berpengalaman merupakan cabaran kritikal bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada masa kini. Kajian rintis ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara kesejahteraan pekerja (meliputi Keseimbangan Kerja-Kehidupan, Sokongan Organisasi, dan Keletihan/Burnout) serta pengembangan kerjaya terhadap pengekalan pekerja dalam kalangan staf akademik di salah satu fakulti di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif di fasa awal ini, set data daripada 35 orang responden telah dianalisis menggunakan ujian Korelasi Pearson dan Regresi Linear Berganda. Analisis kebolehpercayaan menunjukkan kesemua instrumen mencatatkan nilai Cronbach's Alpha yang tinggi (>0.80). Dapatan awalan membuktikan kesemua pemboleh ubah mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengekalan pekerja. Model regresi merekodkan nilai varians 51.9% iaitu pengekalan pekerja dipengaruhi oleh kesejahteraan dan pengembangan kerjaya, dengan pembolehubah Pengembangan Kerjaya muncul sebagai prediktor yang paling dominan. Artikel ini membincangkan tinjauan literatur yang meluas, implikasi teori, serta mencadangkan strategi praktikal kepada pihak pengurusan universiti untuk menambah baik program pengekalan bakat akademik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-08-03

How to Cite

Zainal Adnan, A. A., Abidin Abd Razak, A. Z., Abas, B., & Abd Razak, M. R. (2026). Hubungan antara kesejahteraan pekerja dan pengembangan kerjaya terhadap pengekalan staf akademik: Satu analisis awal. International Journal of Accounting, Finance and Business, 11(67), 392–401. Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/4413