Pemasaran wakaf takaful di Takaful Ikhlas Family Berhad: Analisis strategi, cabaran dan implikasi industri

Authors

  • Md Nasri Ali Pelajar Pascasiswazah, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, 02600, Arau, Perlis, Malaysia
  • Marina Abu Bakar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, 02600, Arau, Perlis, Malaysia
  • Afiffudin Mohammed Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, 02600, Arau, Perlis, Malaysia
  • Farah Lina Azizan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, 02600, Arau, Perlis, Malaysia

Keywords:

Wakaf Takaful, Strategi Pemasaran, Takaful Ikhlas Family Berhad, Pemasaran Digital, Kewangan Islam, Maqasid Syariah

Abstract

Wakaf takaful merupakan inovasi kewangan Islam yang mengintegrasikan elemen perlindungan risiko dengan instrumen kebajikan berterusan bagi menyokong pencapaian Maqasid Syariah dan pembangunan sosial masyarakat. Walaupun industri takaful di Malaysia menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan, kesedaran dan penyertaan masyarakat terhadap produk wakaf takaful masih berada pada tahap yang sederhana. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti strategi pemasaran wakaf takaful yang dilaksanakan oleh ejen Takaful Ikhlas Family Berhad, menganalisis cabaran pelaksanaannya serta membincangkan implikasinya terhadap pembangunan industri takaful di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan analisis kandungan tematik terhadap artikel akademik, laporan industri, dokumen rasmi Takaful Ikhlas Family Berhad serta sumber-sumber berkaitan wakaf dan takaful. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pasaran semulajadi, jualan berasaskan taklimat, pemasaran komuniti dan pemasaran digital merupakan pendekatan utama yang digunakan oleh ejen Takaful Ikhlas Family Berhad dalam mempromosikan wakaf takaful. Strategi tersebut didapati berupaya meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman dan kepercayaan masyarakat terhadap produk wakaf takaful. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran masih wujud antaranya, tahap literasi kewangan Islam yang rendah, kekangan kemahiran digital dalam kalangan ejen serta isu kepercayaan pelanggan terhadap platform pemasaran dalam talian. Kajian ini turut mencadangkan model pemasaran wakaf takaful berasaskan pendigitalan, pendidikan kewangan Islam dan Maqasid Syariah bagi memperkukuh daya saing industri serta meningkatkan keberkesanan promosi wakaf takaful pada masa hadapan. Kajian ini menyumbang kepada literatur pemasaran kewangan Islam dengan memperkukuh pemahaman mengenai strategi pemasaran wakaf takaful oleh ejen Takaful Ikhlas Family Berhad serta implikasinya terhadap pembangunan industri takaful yang lebih inklusif, mampan dan selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-16

How to Cite

Ali, M. N., Abu Bakar, M., Mohammed Noor , A., & Azizan, F. L. (2026). Pemasaran wakaf takaful di Takaful Ikhlas Family Berhad: Analisis strategi, cabaran dan implikasi industri. International Journal of Accounting, Finance and Business, 11(65), 127–149. Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/4183