ANALISIS SUMBANGAN CARAVANSERAI TERHADAP PERTUMBUHAN SEKTOR EKONOMI

Authors

  • Aina Zafirah Samsudin
  • Roziah Sidik @ Mat Sidek

Abstract

Caravanserai adalah penginapan sementara di tepi jalan di sepanjang laluan perdagangan utama seperti Laluan Sutera. Dengan struktur seni bina yang kompleks berbentuk segi empat tepat dan mempunyai laman yang luas, caravanserai ini dilengkapi dengan kandang, masjid, kedai dan bilik tidur. Caravanserai berfungsi sebagai tempat persinggahan para pedagang, pengembara dan jemaah haji, perdagangan dan pelancongan. Selain menjadi tempat untuk beristirahat, caravanserai juga turut menjadi tempat pertemuan untuk berkongsi maklumat dan membincangkan ha-hal berkaitan perdagangan. Fungsi caravanserai sebagai tempat perdagangan dan pelancongan didapati berpotensi untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Artikel ini menganalisis sumbangan caravanserai terhadap pertumbuhan sektor ekonomi sesebuah negara. Ini selaras dengan teras kelapan Sustainable Development Goals (SDG) iaitu decent work and economic growth. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan dan kajian sejarah. Maklumat dan data dalam penulisan ini diperolehi daripada pelbagai sumber rujukan. Antaranya ialah artikel jurnal, ensiklopedia, buku rujukan, disertasi dan tesis yang dilihat relevan dan berkaitan dengan tajuk artikel ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa caravanserai merupakan sebuah monumen bersejarah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk membantu meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, usaha pihak kerajaan dalam menaik taraf caravanserai kepada hotel pastinya akan menyumbang kepada sektor ekonomi apabila ramai pelancong yang datang berkunjung di situ sekaligus dapat mengekalkan nilai peninggalan sejarah. Ini diperkukuhkan lagi dengan pengiktirafan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) terhadap beberapa caravanserai sebagai tapak warisan dunia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Aina Zafirah Samsudin, & Roziah Sidik @ Mat Sidek. (2022). ANALISIS SUMBANGAN CARAVANSERAI TERHADAP PERTUMBUHAN SEKTOR EKONOMI. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(40). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/416