CABARAN MEMBUDAYAKAN KEUSAHAWANAN DALAM SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT: MALAYSIA NEGARA KEUSAHAWANAN UNGGUL 2030

Authors

  • Nur Shamshie Haryaty Binti Mohamad Nudin
  • Ishak Bin Haji Abd Rahman
  • Abdullah Sanusi Othman
  • Azmi Bin Aziz

Abstract

Pembangunan keusahawanan kini menjadi strategi jangka panjang negara untuk membina ekonomi yang dipacu pengetahuan dan budaya keusahawanan. Usaha Kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi merupakan pemangkin penting dalam membina pemimpin masa hadapan yang mempunyai keupayaan keusahawanan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menghimpun data, memperoleh makna dan pemahaman daripada kaedah pengumpulan maklumat melalui rujukan-rujukan di dalam laman web, e-jurnal, e-akhbar dan laporan-laporan yang berkaitan. Hasil kajian menunjukkan Kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan yang serius untuk menguruskan ekonomi negara iaitu dengan terciptanya Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) yang telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 2019. Pasaran yang dibangunkan dan dikawal secara berpusat akan mempercepatkan proses membudayakan keusahawanan pada setiap lapisan masyarakat.Kajian turut mengenalpasti bahawa keperluan untuk berubah minda serta inovasi berterusan mampu menyumbang kepada pembentukan budaya keusahawanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-06-30

How to Cite

Nur Shamshie Haryaty Binti Mohamad Nudin, Ishak Bin Haji Abd Rahman, Abdullah Sanusi Othman, & Azmi Bin Aziz. (2022). CABARAN MEMBUDAYAKAN KEUSAHAWANAN DALAM SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT: MALAYSIA NEGARA KEUSAHAWANAN UNGGUL 2030. International Journal of Accounting, Finance and Business, 7(40). Retrieved from https://academicinspired.com/ijafb/article/view/408