PELAKSANAAN PERAKAUNAN AWAN DI MALAYSIA: PELUANG DAN CABARAN
Abstract
Pelaksanaan Perakaunan Awan yang berkait rapat dengan Industri 4.0 dijangkakan akan berupaya membantu organisasi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pantas dan menjadikan proses kerja perakaunan lebih efisyen dan efektif. Justeru, kertas kerja ini bertujuan membincangkan peluang dan cabaran yang dihadapi dalam kalangan organisasi di Malaysia semasa mendepani perubahan dari perakaunan tradisional ke Perakaunan Awan. Antara isu yang dikenalpasti adalah tahap pelaksanaan Perakaunan Awan yang masih rendah dalam kalangan organisasi di Malaysia dan peranan Perakaunan Awan dalam menyokong pertumbuhan organisasi. Selain itu, cabaran dari aspek kesediaan sumber manusia, infrastruktur dan teknologi maklumat dan strategi pengurusan turut dibincangkan. Kesemua aspek ini harus diteliti oleh pihak yang terlibat untuk memastikan kejayaan migrasi ke arah Perakaunan Awan, sekaligus membawa impak positif kepada pertumbuhan organisasi.